Thursday 29 November 2012

Cara Pengeringan

Cara Pengeringan

Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.


Sunday 25 November 2012

Tahan Lama

Tahan Lama

Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia membantu melambatkan kerosakan makanan.

Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
  1. Pengeringan
  2. Pendinginan
  3. Penyejukbekuan
  4. Penjerukan
  5. Pembotolan dan pengetinan
  6. Pengasinan
  7. Pembungkusan vakum
  8. Pempasteuran
  9. Pengasapan
  10. Pendidihan
  11. Pelilinan

Wednesday 21 November 2012

Latihan 1

Latihan 1

Soalan Objektif

Bulatkan jawapan yang betul.

  1. Antara berikut yang manakah menyebabkan makanan menjadi rosak?
          I  Kulat          II  Cahaya Matahari          III  Air          IV  Bakteria
   
         A  I dan III          B  I dan IV          C  II dan III          D  II dan IV

     2.  Manakah antara berikut tidak diperlukan oleh bakteria dan kulat untuk membiak?
         A  Air dan udara       
         B  Cahaya Matahari        
         C  Keasidan yang sesuai dalam persekitaran
         D  Suhu yang sesuai dalam persekitaran

     3.  Antara keadaan berikut, yang manakah merangsang pembiakan bakteria dan kulat pada makanan?
          A  Lembap dan sejuk
          B  Lembap dan sederhana panas
          C  Kering dan sejuk
          D  Kering dan sederhana panas

     4.  Antara makanan berikut, yang manakah berkulat apabila rosak?
          A  Ikan          B  Roti          C  Daging          D  Susu

     5.  Berikut adalah tiga jenis makanan.
  • Beras
  • Tepung
  • Ikan bilis
          Apakah yang menyebabkan makanan tersebut tahan lama?
          A  Kehadiran udara
          B  Ketiadaan garam
          C  Ketiadaan air
          D  Kehadiran cahaya matahari

Saturday 17 November 2012

Ciri-Ciri Makanan Yang Rosak

Ciri-ciri makanan yang rosak

  1. Susu yang rosak
  • Mempunyai rasa yang masam
  • Berbau busuk
  • Berbuih

 
    2.  Roti yang rosak
  • Berkulat
  • Berbau busuk
  • Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )

3. Ikan yang rosak
  • Berbau busuk
  • Berubah tekstur ( isi lembik )
  • Berubah warna ( mata merah ) 
 
4.  Nasi yang rosak
  • Rasa yang tidak enak
  • Berlendir dan melekit
  • Berbau busuk 

Friday 16 November 2012

Mikrob Yang Berkuasa

Mikrob yang berkuasa

Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak akan berbau busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur, berkulat dan berlendir. Makanan yang rosak adalah tidak selamat untuk dimakan. Ia boeh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan.

Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk membiak. Lebih cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih cepat makanan itu menjadi rosak. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak dengan mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu yang tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya. Selain itu, bakteria dan kulat tidak boleh hidup jika tiada air. Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan yang sangat berasid atau keadaan yang sangat berakali.

Contoh-contoh makanan yang mudah menjadi rosak.
 

Contoh-contoh makanan yang tahan lama.