Thursday, 6 December 2012
Faedah pengawetan makanan termasuklah:
- Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
- Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
- Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
- Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
- Makanan yang diawet boleh tahan lama.
Cara Pelilinan
Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin. Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan.
Cara Pendidihan
Pendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat dibunuh.
Cara Pengasapan
Dalam
kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api.
Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu.
Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.
Tuesday, 4 December 2012
Cara Pempasteuran
Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta. Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa makanan. Makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.
Cara Pembungkusan Vakum
Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.
Cara Pengasinan
Garam digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Terdapat dua cara untuk mengasinkan makanan:
- Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.
- Menambah kuantiti garam yang banyak kepada makanan.
Cara Pembotolan Dan Pengetinan
Kaedah
pembotolan dan pengetinan melibatkan proses memanaskan makanan untuk
membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Makanan yang dimasak
dan disimpan dalam botol, bekas atau tin yang kedap udara. Pengetinan
dan pembotolan membolehkan makanan disimpan dalam tempoh yang lama
sehingga beberapa tahun.
Cara Penjerukan
Penjerukan ialah kaedah mengawet makanan dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam pekat atau larutan gula pekat. Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan. Makanan yang diawet dengan cara penjerukan akan berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat. Contoh makanan yang diawet dengan cara penjerukan ialah mangga, betik dan ceri.
Sunday, 2 December 2012
Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.
Saturday, 1 December 2012
Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Thursday, 29 November 2012
Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.
Sunday, 25 November 2012
Tahan Lama
Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia membantu melambatkan kerosakan makanan.
Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
- Pengeringan
- Pendinginan
- Penyejukbekuan
- Penjerukan
- Pembotolan dan pengetinan
- Pengasinan
- Pembungkusan vakum
- Pempasteuran
- Pengasapan
- Pendidihan
- Pelilinan
Saturday, 17 November 2012
Ciri-ciri makanan yang rosak
- Susu yang rosak
- Mempunyai rasa yang masam
- Berbau busuk
- Berbuih
2. Roti yang rosak
- Berkulat
- Berbau busuk
- Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )
3. Ikan yang rosak
- Berbau busuk
- Berubah tekstur ( isi lembik )
- Berubah warna ( mata merah )
4. Nasi yang rosak
- Rasa yang tidak enak
- Berlendir dan melekit
- Berbau busuk
Friday, 16 November 2012
Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak akan berbau busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur, berkulat dan berlendir. Makanan yang rosak adalah tidak selamat untuk dimakan. Ia boeh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan.
Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk membiak. Lebih cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih cepat makanan itu menjadi rosak. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak dengan mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu yang tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya. Selain itu, bakteria dan kulat tidak boleh hidup jika tiada air. Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan yang sangat berasid atau keadaan yang sangat berakali.
Contoh-contoh makanan yang mudah menjadi rosak.
Contoh-contoh makanan yang tahan lama.
Blog yang menarik .... Tahniah!!!!
ReplyDeletesaya faham bagi saya ia juga menarik dan nampak comel.good.
Deletemana syarat-syarat penumbuhan mickroorganisma
ReplyDeleteTERIma kaSIh bAB ToLoNg sYA cRi MaKlumAt
ReplyDeleteAdakah makanan yang disejuk bekukan tidak berbau? Kenapa
ReplyDeleteSebab suhu yg rendh
DeleteTRIMAS ISI NYE BAGS
ReplyDeleteIT GOOD FOR PEOPLE RO SEARCH INFORMATION.THANKS :)
ReplyDeletecvdsavc dwa
ReplyDeleteHebat untuk murid tahun 6.Macam saya
ReplyDeleteHebat !!!
ReplyDeletesAINS TAHUN 6
ReplyDeleteOk
DeletesAINS TAHUN 6
ReplyDelete1. PENJERUKAN PENGASAPAN DAN PENASINAN PENGETINAN PENYEJUK DANBEKUAN DAN PENGAWETAN PEMBOTOLANPENDINGINAN MAKANAN PENGERINGANPEMPASTURAN PEMBUNGKUSAN (VAKUM) TANPA UDARA
ReplyDelete2. 1. PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN•Pemanasan makanan pada suhu yang tinggi untukmembunuh bakteria dan fungi.• Penyimpanan dimana makan yang ditinkan ataudibotolkan dalam bekas yang kedap udara bagimemastikan kemasukan udara yang mengandungibakteria dan fungi masuk ke dalam.•Keburukan kaedah ini ialah pemanasan makananpada suhu yng tinggi aan mengubah rasa, warna danmemusnahkan zat makanan. Selain itu, kebiasaannyabahana pengawet ditambah dalam makan yangdiawet menggunakan kaedah ini.
3. CONTOH MAKANAN YANG MELALUI PROSES PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN
4. 2. Pengawetan makanan Penjerukan Pengasinan•Makanan direndam dalamlarutan cuka atau larutan gula •Makanan direndam dalampekat larutan garam atau menabur•Tujuan adalah memastikan garam pada makanan.bakteria atau kulat tidak boleh •Tujuan adalah memastikanhidup dalam larutan cuka(asid) bakteria atau kulat tidak bolehdan larutan gula pekat hidup dalam makanan yang•Rasa makanan berbeza dan dicampur dengan garamkurang berkhasiat
5. Contoh makananPenjerukan Pengasinan
6. •3. PENGERINGAN•Dalam proses pengeringan, air akan hilang darimakanan dan mikroorganisma akan mati atautidak aktif.•Dalam kaedah ini terdapat dua cara untukmengeringkan makanan iaitu dengan caramengeringkan makanan di bawah cahaya matahariyang terik.•Cara kedua ialah memanaskan makanan padasuhu yang tinggi.•Keburukan kaedah ini ialah makanan menjadikurang berkhasiat kerana setengah zat mungkinhilang semasa proses itu. Contohnya ikan kering,cili kering dan buah-buahan.
7. Gambarajah proses pengeringan ikan di bawah cahaya matahari
8. 4. PENYEJUKBEKUAN DAN PENDINGINANProses menyimpan bahan makanan padasuhu yang sangat rendah ( bawah 0°C )sehingga makanan membeku.Dalam proses ini, konsepnya adalah untukmenghentikan tindakan bakteria sekaligus.Bakteria yang dibekukan menjadi tidak aktifsama sekali.Kebaikan mengawet dengan cara ini ialahkesegaran makanan dikekalkan dankebanyakan kandungan zat makanan tidakdimusnahkan.
9. Bahagian pendinginanBahagian penyejuk bekuan
10. 5. PEMPASTEURANPempasteuran ialah proses pemanasan susupada suhu 63°C selama 30 minit ataupemanasan pada suhu 72°C selama 15 saatdan diikuti oleh pendinginan pada suhubawah 10°C.Susu yang dipasteur kan boleh disejukbekusupaya tahan sehingga beberapa hari. Kaedah ini mengekalkan rasa semulajadisusu dan nutrient seperti vitamin tidakdimusnahkan. Contohnya susu segar, yougurt dan jus.
11. 6. PEMBUNGKUSAN VAKUM (TANPA UDARA)I. Pembungkusan Vakum melibatkan penyimpanan makanan dalam persekitaran vakum atau tanpa udara biasanya dalam beg atau botol kedap udara.II. Bakteria dan fungi tidak boleh membiak dalam keadaan vakum kerana tidak terdapat udara dan air.III. Makanan akan lebih tahan lama selama satu bulan. Kaedah ini biasanya digunakan untuk menyimpan makanan kering seperti bijirin, kekacang, keju dan ikan salai. Walau bagaimanapun, keadah ini digunakan juga untuk menyimpan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kepentingan Pengawetan Makanan
ReplyDeleteKepentingan Pengawetan Makanan
Faedah pengawetan makanan termasuklah:
Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
Makanan yang diawet boleh tahan lama.
terima kasih kerana memudahkan orang lain...moga dapat ganjaran yang baik
ReplyDeletethanks
ReplyDelete������
thanks
ReplyDelete������
Bagus
ReplyDeletewah.........................so cool cERING ^_:_^
ReplyDeleteromen satgi baru tau sedap atau masin
wah.........................so cool cERING ^_:_^
ReplyDeleteromen satgi baru tau sedap atau masin
ape kelemahan pengetinan dan pembotolan ni...?
ReplyDeleteape kelemahan pengetinan dan pembotolan ni...?
ReplyDeletehebat!!
ReplyDeleteTerbaik!!!!
ReplyDeleteTerbaik!!!!
ReplyDeletesaya sudah faham.terima kasih.semoga tuhan memberkatimu.amin!!!!!
ReplyDeleteApakan inferans tehadap pengawetan dan jenis² pengawetan?
ReplyDeleteT€rima Ka§ih.
ReplyDeleteTerbaii
ReplyDeleteU
ReplyDeleteIanya senang untuk dibaca dan juga mudah untuk difahami
ReplyDelete