Saturday 15 December 2012

Latihan 5

Namakan kaedah pengawetan makanan berdasarkan rajah di bawah.








_______________________________











________________________________








________________________________









_______________________________

Friday 14 December 2012

Latihan 4

Antara yang berikut, yang manakah tujuan mengapa kita perlu mengawet makanan? Tandakan ( / ) jawapan yang betul.

( a ) Makanan tahan lebih lama. (      )

( b ) Rasa makanan boleh dikekalkan. (      )

( c ) Pembaziran makanan boleh dikurangkan. (      )

( d ) Makanan mudah disimpan. (      )

( e ) Harga makanan boleh dikurangkan. (      ) 

Sunday 9 December 2012

Video - Cara Membuat Telur Masin

Latihan 3

Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.

Rajah di bawah menunjukkan dua jenis buah-buahan yang dikumpul oleh Pak Samad dari dusunnya.

 








(a) Ramalkan apa yang patut dilakukan oleh Pak Samad ke atas buah-buahan itu supaya dia dapat
     menikmati buah-buahan itu untuk tempoh masa yang lebih lama.

     ______________________________________________________________


(b) Berikan satu sebab (inferens) untuk menerangkan jawapan kamu di 1 (a).

      ______________________________________________________________

(c) Namakan satu lagi makanan yang dapat diawet secara penjerukan.

      ______________________________________________________________

(d) Nyatakan tiga sebab mengapa makanan yang diawet penting bagi angkasawan dan pengembara.

     1______________________________________________________________

     2______________________________________________________________

     3______________________________________________________________

(e) Nyatakan dua kelebihan pengawetan makanan kepada negara kita.

     1_______________________________________________________________

     2_______________________________________________________________

Friday 7 December 2012

Latihan 2

Latihan 2

Bulatkan jawapan yang betul.


  1. Senarai di bawah menunjukkan dua kaedah pengawetan makanan.
  • Pendinginan
  • Pengetinan
         Antara berikut, yang manakah boleh diawet melalui kedua-dua kaedah ini?
     
         A  Susu          B  Telur          C Nanas          D  Beras

    2.  Antara berikut, yang manakah boleh diawet melalui pengetinan?
         I  Daging           II  Ikan           III  Roti          IV  Telur

         A  I dan II         B  I dan IV          C  II dan III          D  III dan IV

    3.  Apakah tujuan pengawetan makanan?
      
         A  Untuk menghasilkan lebih banyak makanan.
         B  Untuk menjadikan makanan lebih murah.
         C  Untuk membolehkan makanan tahan lebih lama.
         D  Untuk mengelakkan keracunan makanan.

     4.  Makanan diawet dengan memanaskannya pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma. 
          Antara berikut, yang manakah melibatkan proses ini?
     
          Penyejukbekuan           B  Pengetinan           C  Pengasinan           D  Penjerukan 

    5.  Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah sesuai untuk mengawet sayur-sayuran 
        dan telur? 
     
          A  Pengetinan                   B  Pendinginan           C  Pengeringan         D  Pempasteuran

Thursday 6 December 2012

Kepentingan Pengawetan Makanan

Kepentingan Pengawetan Makanan

Faedah pengawetan makanan termasuklah: 
  1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
  2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
  3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
  4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
  5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.   
 

Cara Pelilinan

Cara Pelilinan

Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin. Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan.

Cara Pendidihan

Cara Pendidihan

Pendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat dibunuh.


Cara Pengasapan

Cara Pengasapan

Dalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api. Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.

Tuesday 4 December 2012

Cara Pempasteuran

Cara Pempasteuran


Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta. Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa makanan. Makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.

Video - Cara Pembotolan

Cara Pembungkusan Vakum


Cara Pembungkusan Vakum

Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.

 

Cara Pengasinan

Cara Pengasinan

Garam digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Terdapat dua cara untuk mengasinkan makanan:
  • Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.
  • Menambah kuantiti garam yang banyak kepada makanan.
Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.  


Cara Pembotolan Dan Pengetinan

Cara Pembotolan Dan Pengetinan 

Kaedah pembotolan dan pengetinan melibatkan proses memanaskan makanan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Makanan yang dimasak dan disimpan dalam botol, bekas atau tin yang kedap udara. Pengetinan dan pembotolan membolehkan makanan disimpan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa tahun.

 

Monday 3 December 2012

Video - Cara Penjerukan

Video - Makanan Yang Diawet Dengan Cara Penjerukan

Makanan yang diawet dengan cara penjerukan

Cara Penjerukan

Cara Penjerukan

Penjerukan ialah kaedah mengawet makanan dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam pekat atau larutan gula pekat. Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan. Makanan yang diawet dengan cara penjerukan akan berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat. Contoh makanan yang diawet dengan cara penjerukan ialah mangga, betik dan ceri.


Sunday 2 December 2012

Cara Penyejukbekuan

Cara Penyejukbekuan

Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.
 

Saturday 1 December 2012

Cara Pendinginan

Cara Pendinginan

Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Thursday 29 November 2012

Cara Pengeringan

Cara Pengeringan

Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.


Sunday 25 November 2012

Tahan Lama

Tahan Lama

Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia membantu melambatkan kerosakan makanan.

Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
  1. Pengeringan
  2. Pendinginan
  3. Penyejukbekuan
  4. Penjerukan
  5. Pembotolan dan pengetinan
  6. Pengasinan
  7. Pembungkusan vakum
  8. Pempasteuran
  9. Pengasapan
  10. Pendidihan
  11. Pelilinan

Wednesday 21 November 2012

Latihan 1

Latihan 1

Soalan Objektif

Bulatkan jawapan yang betul.

  1. Antara berikut yang manakah menyebabkan makanan menjadi rosak?
          I  Kulat          II  Cahaya Matahari          III  Air          IV  Bakteria
   
         A  I dan III          B  I dan IV          C  II dan III          D  II dan IV

     2.  Manakah antara berikut tidak diperlukan oleh bakteria dan kulat untuk membiak?
         A  Air dan udara       
         B  Cahaya Matahari        
         C  Keasidan yang sesuai dalam persekitaran
         D  Suhu yang sesuai dalam persekitaran

     3.  Antara keadaan berikut, yang manakah merangsang pembiakan bakteria dan kulat pada makanan?
          A  Lembap dan sejuk
          B  Lembap dan sederhana panas
          C  Kering dan sejuk
          D  Kering dan sederhana panas

     4.  Antara makanan berikut, yang manakah berkulat apabila rosak?
          A  Ikan          B  Roti          C  Daging          D  Susu

     5.  Berikut adalah tiga jenis makanan.
  • Beras
  • Tepung
  • Ikan bilis
          Apakah yang menyebabkan makanan tersebut tahan lama?
          A  Kehadiran udara
          B  Ketiadaan garam
          C  Ketiadaan air
          D  Kehadiran cahaya matahari

Saturday 17 November 2012

Ciri-Ciri Makanan Yang Rosak

Ciri-ciri makanan yang rosak

  1. Susu yang rosak
  • Mempunyai rasa yang masam
  • Berbau busuk
  • Berbuih

 
    2.  Roti yang rosak
  • Berkulat
  • Berbau busuk
  • Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )

3. Ikan yang rosak
  • Berbau busuk
  • Berubah tekstur ( isi lembik )
  • Berubah warna ( mata merah ) 
 
4.  Nasi yang rosak
  • Rasa yang tidak enak
  • Berlendir dan melekit
  • Berbau busuk 

Friday 16 November 2012

Mikrob Yang Berkuasa

Mikrob yang berkuasa

Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak akan berbau busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur, berkulat dan berlendir. Makanan yang rosak adalah tidak selamat untuk dimakan. Ia boeh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan.

Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk membiak. Lebih cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih cepat makanan itu menjadi rosak. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak dengan mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu yang tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya. Selain itu, bakteria dan kulat tidak boleh hidup jika tiada air. Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan yang sangat berasid atau keadaan yang sangat berakali.

Contoh-contoh makanan yang mudah menjadi rosak.
 

Contoh-contoh makanan yang tahan lama.